AHLAN WASAHLAN ~

Sunday 18 December 2016

Program sembelihan

Buat pertama kalinya aku beranikan diri sahut cabaran untuk sembelih ayam 🐔 Ekekek 😚
Ramai yang ngeri takut nak buat.  Jenis aku,  aku memang sukakan cabaran.  Benda yang orang tak nak buat,  aku nak buat.  Bukan nak tunjuk lagak,  tapi aku nak dapatkan satu pengalaman yang tak semua orang boleh dapat.  Pada mulanya,  mestilah ada rasa nervous sikit sebab sebelum ni memang tak pernah sembelih ayam😰. Baguslah program ni ajar cara2 nak sembelih. Lepas ni kalau aku tercampak dalam tengah2 hutan amazon ke apa ke boleh laa nak survive.  Dah tahu cara nak sembelih binatang dgn cara yg halal. Apa2 pun,  goodjob participant.  😄

Semester 3

Selamat malam gais.
Malam ni baru berkesempatan rasa mcm nak luahkan perasaan kat blogger yg dah berapa bulan tak bukak nih.  Makin naik sem,  of course makin tough.  Seriously,  tak mcm awal2 sem yg aku rasa.  Boleh rilek2, foya2 ,jalan2 sana sini situ.  Tapi,  utk sem 3 kali ni totally different!  Subject pun byk tough sbb sem ni aku amik microbiology,  biology human disease,  mandarin,  prof. English,  medical biochemistry,  medical immunology Haaaa??  Nak taip pun semput,  apatah lg aku nk study subjek2 core ni.  Yaa ampunnn 😭 tak tahu nak cakap apa.  Sampai setakat ni aku mengaku yg aku masih lg tak study apa2. Kalau study pun,  hanya bila ada exam or nk dekat test. Teruk betul perangai. Ada harapan nak dapat dekan? 😐
Hmm..  Terlalu byk jugak coursework sem ni buat aku rasa mcm tak sempat nak study.  Busy dgn group2 assignment plus individual assignment.  Kalau cuti,  for sure mmg betul2 cuti.  Tak dan punya nak study.. Time cuti laa aku nak merehatkan otak aku drpd buat semua perkara ni.  Haih.. Ni lah sistem pendidikan kat malaysia..  Makin lama org belajar hnya sbb nak pass exam je..  Bukan sbb nak tuntut or nak praktik ilmu tuu betul2 dlm life dia. Betul tak?  Tp,  walau mcm mana hardship sekalipun,  tetapkan nawaitu bljr utk Allah.  Baru kau ada rasa matlamat,  semangat n redhaa nak belajar.  Kadang2 rasa nak give up weh dgn semua ni.  Seriously aku penat. Memandangkan mentaliti msyrkt skrg mmg pandang pendidikan..  N for your bright future also,  thats why kau kena hadap benda ni.  Nak tak nak,  Hadap!  Faham?  Bersyukurlah kau masih diberi peluang dpt smbung bljr. Dapat loan. Apalagi yg kau nak komplain?  Tu pun masih lg tak reti bersyukur? 
Setiap manusia Allah dah catit dah setiap rezeki dan bhgian dia tersendiri.  Jadi,  kau hanya perlu yakin & tetap terus mengorak langkah dalam melakar perjalanan hidup kau yg lebih bermakna.
Wu an~ 🌛

Saturday 28 May 2016

Last Touch up

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, tinggal last paper utk subjek anatomy. Hmm..tough n core subject . After that, ada kena follow up prog kat perak for 2 days. Lepas tu baru balik rumah . Rindu sgt. Hanya tuhan je tahu. Rasa mcm dah lama tk balik rumah. Padahal cuti midsem haritu dh balik dh. Tp, for unikl students..cuti yg diberikam amat lah sedikit . Tapi bersyukur jela sebab masih ada cuti.
Countdown lagi berapa hari nak Ramdhan nak oiii .

Buat checklist yg nk dicapai utk bulan Ramdhan :
1)  Target 30 juz habis dlm sebulan
2) Terawih
3) Solat Sunat - Tahajud, dhuha
4) Zikir
5) Updated iman

*Tanamkan azam dlm diri utk perbaiki diri.

Jaga mutabaah harian kita kalau nak Allah jaga kita .

Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Chooowww ~

Wednesday 25 May 2016

UKHUWAH


Setiap persahabatan yang terjalin pasti ada keruh ada jernihnya.
Tak semuanya indah belaka. 
Dengan persahabatan, kau kenal siapa diri kau.
Dengan persahabatan, kau kenal musuh senyap kau.
Dengan persahabatan, kau tak rasa keseorangan.




Hubungan persahabatan mahal harganya.
Jangan dicemari dengan sifat buruk dan syak wasangka.
Kelak nanti kau berkelahi dengannya.
Kekalkan persahabatan dengan selamanya.



Sahabat datang silih berganti.
Sahabat tiada tempat pengganti.
Sahabat jualah mencerminkan diri.
Sahabat dicari hiburkan hati
Demi merawat luka di hati.


Cerita bahagia dilalui bersama.
Tangis hiba kita rasai bersama.
Ukhuwah dibina dengan rasa cinta.
Tanpa sahabat, siapalah kita.
Hubungan kita bagaikan permata. 
Sinarnya tiada tolok bandingannya. 



Semoga kita terus berusaha.
Mencapai bahagia dan cita-cita.
Agar hidup lengkapi segalanya.
Janji kita bertemu di Syurga.



Tuesday 24 May 2016

AKU DITARBIAH .

Assalamualaikum. Semoga masih dalam perlindungan rahmat dari-Nya.

Aku nak share satu pengalaman. Hmm... honestly, bagi aku .. pengalaman terlalu amat bermakna bagi aku dimana tak semua orang boleh dapat.  Ia bermula dengan ajakan daripada seorang kawan, iaitu housemate aku sendiri .

At that time, dia ajak aku suruh turun halaqah..saja join dengar2 ceramah. Dulu kalau kat Kolej mara kulim tu jenuh la haii berselimut susah nak bangun pagi nak dengar ceramah fardhu ain. tiap Rabu and Jumaat full dengan pengisian ceramah. Dulu aku ni jahil ler sikit. Dengar ceramah pun bukan dengar sangat pun. Takpun sembang kencang lebih. Kalau dengar pun, mesti bawa turun kerja sekolah atau dok "scroll" phone screen buka FB, Insta ,Twitter and macam2 lah boleh buat. Memang susah nak bagi full komitmen.

 Padahal , ceramah ilmu kot. Pasal Dunia akhirat kita. Bukan kena bayar pun nak kena dengar ceramah tu. Free2 je dapat ilmu. Tapi diri sendiri yang tak nak. Tulah aku yang dulu. Dari 100% input tu aku rasa dalam 35% je dapat . Huhuhu. MasyaAllah.

But at that one time ....

First sem aku masuk Unikl MESTECH. semua nya lain weh. Lain gila ! Bila saat kau masuk alam Universiti, kau takkan terikat dah dengan peraturan cam kat sekolah dulu2. kehidupan kau jadi bebas. Takkan ada orang nak melarang kau bangun sampai ke tengahari ke, tak nak makan ke tak nak mandi sehari ke lantak kau lah ~ Semua kau kena pandai atur diri sendiri. Pandai2 lah nak hidup kata orang..

To being honest, zaman sem 1 aku memang mostly penuh dengan kerja melagha memanjang aku . Masa tu aku belum dapat nikmat ditarbiah lagi. Hehe. Mostly, aku banyak habiskan masa layan RunningMan , movie , hangout and so on. Peratus study tu bila time nak exam je. Takde kesedaran langsung betul nak preparation. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin aku masih tak boleh nak adapt dengan environment duduk kat bandar Kajang ni kot. Hahahaha. Bandar lah sangat. Yelah, pengaruh luar tu nak dikatakan kuat lah jugak sebab kampus aku tu dekat je dengan ktm boleh gerak nak gi mall mana2. Asal ada duit, semua benda boleh jalan.

Dan....,

Masa awal sem 2 tulah, baru aku dapat kesedaran tentang apa yang aku dah buat. At that time, aku rasa macam jiwa aku kosong. Macam cari sesuatu. Dulu , pernah lah jugak duk sibuk nak menggatal dengan orang, nak bercinta bagai.. tapi .. lama2 aku sedar bukan benda ni yang aku nak. Aku still rasa ada tempat kosong dalam hati aku. Aku keep on searching.

Kalau turn on button wifi tu, dah lama aku buat dalam life aku. searching for the right things.

Dan..., akhirnya aku rasa aku ni macam jauh dari pencipta aku sendiri. Bila aku dah berjaya masuk U sampai ke tahap ni, aku selalu lupa kat Dia. Tak pernah nak bersyukur. Setiap ujian yang aku terima, aku selalu mengeluh. Kenapa and..kenapa... aku kena uji dengan benda2 macam tu. Pernah jugak terdetik kat hati aku nak mengeluh kat Allah. Nauzubillahiminzalik. Moga kita semua dijauhkan.

Dengan kesedaran tulah aku rasa salah satu faktor yang dorong hati akut untuk ikut join halaqah. Pada permulaannya, memang lah perasaan ikhlas tu kurang sikit. Rasa macam terpaksa. Rasa macam kesian kat murrobiyah yang share ilmu tu. Tapi, murrobiyyah aku pernah cakap, keihklasan takkan datang tanpa keterpaksaan.

Aku buat analogi lah sikit, contoh macam solat. Siapa yang suka solat kan ? Dah lah 5 kali sehari . Nak2 waktu subuh tu memang kritikal gila ibarat macam kena hantar masuk icu nak laksanakan perintah wajib Allah tu. Kalau kita tak paksa diri kita untuk solat, kita takkan solat. Betul tak? Lama2 bila kita paksa diri kita untuk solat, untuk jaga hubungan kita dengan Allah, lama2 benda tu jadi ikhlas.

SEE ??? !! Tiba2 dengan sendirinya kita amalkan dalam rutin harian kita. Same goes to Tarbiah !
Aku asa masa tu Allah nak pegang hati aku lah kot, tu yang Allah jadikan housemate aku sebagai perantaraan untuk ajak aku pi halaqah. Dekat mana kitorang buat ? Kat surau bawah hostel je pun. Group kecik je. Macam main masak2 pun ada. Pernah lah jugak ada perasaaan takut, sebab takut tersalah ikut fahaman sesat ke ape ke, ekstremis ke apa... tapi itulah, hidayah ni kita kena cari. Kena ada usaha. Biasanya kita kan selalu dengar orang kata, " Aku tunggu seru nanti baru aku berubah." Ekkkk = ='' macam tu pulak. Buatnya masa tu kita dapat seruan daripada malaikat maut macam mana ? Tak haru biru hidup kita. Masa tu memang dah terlambat lah nak bertaubat.

Aku bersyukur lah Allah bagi aku peluang untuk ikut halaqah ni. Senang cerita, korang sendiri kena join. Baru korang tahu macam mana rasa nikmat dia. Kau akan rasa keukhuwahan yang kuat antara halaqah mate kau. Hidup kau rasa tenang je. Kau tak rasa lagi resah or tercari-cari apa yang kau nak dalam hidup kau. Sebebnarnya hati kau yang nak mencari kerohanian, cuma kau menafikan. Memang tak mudah untuk terus kekal.

"Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang! "
Dalam Al-Quran dah sebut dah. :)

Ye, aku sendiri mula2 rasa takde komitmen nak join kadang2 tu. Adalah jugak perasaan malas. Nak2 time assignment datang berduyun-duyun kat kau, masa tu keikhlasan kau teruji. Kau sedang diuji waktu tu. Ingat ...
Nasib baik ada housemate yang selalu nasihatkan aku supaya terus follow halaqah ni. Alhamdulillah, sampai ke hari ni aku cuba konsisten kan kehadiran aku tiap kali halaqah. Alah, bukannnya tiap2 hari pun. Setiap hari khamis je pun . Pukul 9 mlm - 12 mlm. Kadang2 depend jugak pada aktiviti yang dibuat pada haritu. Pernah sampai 2-3 pagi.

Ehh,, Ekstremnya..sampai 2-3 pagi? mesti korang terfikir benda ni kan. Hmm. Entahlah, Bagi aku, kenapa lah enn... kita ni kalau perkara2 yang baik susah.........sangat SANGAT sangat nak buat ? Tapi, kalau suruh marathon Runningman // movie korea sampai 2-3 pagi takpe. Malah lebih dari tu.
Tak ekstrem pulak ?

Surah 47 ayat 7 :

Allah firman, Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan memperteguhkan kedudukan kamu. Allah akan mempermudahkan urusan kamu.

Ayat ni jugak lah yang menyentapkan hati aku sebenarnya. Allah bagi masa 24 jam kat kau. Tapi kenapa dalam sehari kita kurang "spend time" dengan Allah kita yang dah bagi kita nikmat masa tu? Why? Why? Why Bother ?
hmmm...

Kau tak rasa ke kau ni tak sedar diri . Sombong . Dah lah Allah tu bagi masa 24 jam kat kau, tapi satu jam or tak sampai satu jam pun kita nak luangkan masa dengan Allah. Memang tak reti malu betul kan.

Bila nak buat kerja2 dakwah je, kita mengelak. Atas alasan, "Saya ni tak perfect la kak ", " Alah...aku ni bukannya baik sangat pun. "

" Aku ni takde ilmu banyak lah pasal agama. Nantilah...tunggu bila aku dah bersedia."

Hmmm....mimpi ke bintang lah jawabnya. Hehehe.

Sebab tulah aku join halaqah, bukan sebab aku ni nak bajet2 alim. Nak berlagak baik depan orang. Pijak semut pun tak mati ! Siapa aku ni nak sombong dengan ilmu yang seciput aku ada kat dalam oak i. Tu pun entah ingat entah tak. Entah amalkan entah tak. Nak dibandingkan dengan ilmu Allah yang maha luas seluas lautan yang tiada penghujung. Cetek sangat ilmu aku ni kalau nak bahas pasal agama lebih2. Tapi, kita dah besarkan. Dah boleh fikir..maa benda baik, mana benda tak baik... Kenapakita lebih memilih untuk memakan tahi, sedangkan banyak makanan sedap dah tersedia.

Macam tu juga lah aku dalam sesi nak kena tarbiah ni. Baru aku tersedar betapa jahilnya aku ni.
Sel2 neuron yang dulunya passive,kini kembali aktif dengan memikirkan masalah umat yang makin tak masuk dek akal langsung saban kini.

Apa yang aku luahkan ni adalah berdasarkan apa yang aku rasa. Terpulang kat korang yang membaca dan menilai apa maksud tersirat yang aku nak sampaikan ni.

Kalau nak tahu, tugas terbesar kita sebenarnya kat duni ni adalah untuk berjuhad dan berdakwah di jalan Allah. InsyaAllah, tak boleh melalui cara face to face , aku gunakan blog ni sebagai medium untuk aku share pengalaman atau ilmu yang aku dapat. Aku harap korang terkesan lah dan terbuka lah minda dengan apa yang aku dah bebelkan panjang2 tadi tu ye. Hihi.

Mohon maaf diatas kekhilafan diri.





FINAL SEMESTER 2 OF THE FIRST YEAR

Assalamualaikum.
Pejam celik, pejam celik dah sampai penghujung final sem 2. Lagi seminggu maka tamatlah tahun 1 aku sebagai student kat MESTECH ni. Cia..cia..cia.
Sekarang tengah berjihad hadap perang terbesar iaitu FINAL EXAM SEM 2 yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua student2 yg menuntut di IPT . Tak sabar sis nak balik rumah.. dah berapa bulan tak balik. Ghinduuu membenak di dada..
Alhamdulillah, masih tetap terus bertahan di jalan ini walaupun macam2 ujian yang aku terima sepanjang aku nak belajar kat sini. Perkara yang tak boleh aku lupa, sewaktu SEM 1 mula2 dulu... aku hampir2 nak berhenti dari meneruskan pengajian aku ini gara2 desas desus mengatakan bahawa kami student2 unikl TAKKAN DAPAT peruntukan pinjaman MARA ! Bagi aku, isu tu amat sensitif dan akan aku ingat sampai bila2 lah. Betapa susah payah my parents nak cekau duit ribu riban semata-mata nak hantar aku pi sambung belajar. Sangat menyentuh hati tisu ku ini . T..T Alhamdulillah, disebabkan ketsiqohan aku kpd Allah, aku tetap nak teruskan belajar and aku tunggu MARA secara officially buat statement yg depa takkan taja kitorang dah baru aku akan quit ! Tapi, perancangan Allah lebih indah, Dia memang nak aku teruskan belajar kat sini, dan Alhamdulillah sekali lagi, MARA buat statement yg depa masih ada peruntukan lagi untuk anak2 bumiputera. Hmmm, barulah saat itu aku rasa betapa beruntungnya anak2 melayu . Aku meneruskan pembelajaran aku seperti biasa. Agak lama gila lah jugak nak tunggu duit MARA, hari2 hidup aku ditemani dengan Mee Maggi. HAHAHA takpun Nasi bujang , takpun burger . Itulah makanan ruji yang aku selalu makan sepanjang duduk hostel semata nak jimatkan duit. Haih, malas nak citer panjang. Let bygone be bygone. Aku tak sabar nak merdeka. 2 more paper left ! Chow...

Monday 30 November 2015



Location : The Mines

Last two weeks, housemates bonding. Memang kaki berjalan kitorang ni. Tapi, berjalan jelah ..bukan kaki shopping .. ! (Berbeza tu ye ) Memang menjadi rutin atau kebiasaan bagi aku dan diorang ...setiap kali sebelum nak exam besar or test or quiz anything sewaktu dengannya ~ kitorang akan spend kan diri keluar pegi lah mana2 .. Hilangkan stress .. tenangkan fikiran.. takkan asyik nak memerap je kan kat hostel tu. Bayangkan lah macam mana perasaannya, kau takde life campus style? Emm.. cedihh kan? Tapi itu bukan penghalang untuk kau berjaya, tu bukan alasan. Aku memang dah lama redho dah dgn tempat ni. Dengan socialism kat sini antara lecturer,admin,student,staff amatlah baik, ngam2, bagai ''isi dan kuku'' .




Sape dah tengok Mocking Jay part 2? Hunger games is my favorite movie.......!!!! Best, cepat2 tengok prof.Snow n Coin tu mati. Very sweet ending (Peeta n Katnis) 




Kebiasaan, life kat sini memang kena guna KTM.. Maklumlah,,lesen takde..separuh jalan jer.. Yang ada lesen pun,, kereta takde.. Jadi,kesimpulannya, naik ktm jelah.. baguslah tu.. greenproject. Kurangkan pembebasan gas karbon dioksida. Ekekekeke. Lagipun, most student sini ramai guna pengangkutan ktm ni sebab dia direct je laluan terus sampai and memendekkan masa perjalanan. Muehehehe. Sedikit sebanyak perjalanan aku sepanjang 3 bulan kat sini.


GOODLUCK to BEHC n BCLS student SEMESTER 1 for this coming FINAL EXAM!!!
DO THE BEST,BEAT THE REST !



Kitakan "Housemate"


Hello ! Introduce...........  "My Lovely Housemate"      p/s ---------->Not available :p ekekeke
Hah,, hari ni aku nak buka cerita ciked pasal housemate I . Hah!! Nampak tak tu ? satu, dua , tiga, lima, lapan orang tu lah housemate aku sekarang. Berkedudukan di 59-3A ( tingkat 3 : paling atas sekali,paling lenguh,paling semput sekali nak panjat,nak daki) Memang Allah nak takdirkan kami bertemu, ( ecehhh ...buat ayat touching pulak) :p Betullah, kalau takde jodoh, tak bertemu punya kitorang.. entah2 kalau kat kelas tu jalan sebelah pun buat tak nampak sebab tak kenal. "Tak kenal maka tak cinta". Memang ungkapan tu ayat keramat betu bagi aku. Mostly, first2 kami masuk, kami digembar-gemburkan dengan orientasi kat sg.congkak pe bende ntah aku lupa nama tempat tu ada rimba2 suara ape ntah..haa, kat situlah kitorang kena orientasi. Nak cakap ciked, orientasi dia memang SUPERB ! Bestttt ! dan . . . . .. .MENTAL GILA ! Hahahahahhaaha. paham2 lah ye ^^
Memang kami tak sempat nak bertegur sapa, bagi salam pun tak, kenal nama pun tak. Hmmmmmm...lepas balik dari orientasi lah bau dapat kenal, buat taaruf katanya.. baru tahu asal mana, budak mana, dah ada boypren ka belom , suka makan ape, hahahaha. Permulaannya,, biasalah kurang jernih ciked sebab memasing tak kenal lagi peraghaii memasing. Hakak dah cakap dah.. ~ Well said. hahaha,, ni laa meh nak habak kat hangpa peraghaiii memasing... 
p/s : Tlong jgn bagitahu housemate I ye, depa tak tahu aku ada blog . kuikuikui..(matilanak)
Hah,, ku kesah ape,,, #sisado :D 
1) Elyna 
-satu roomate (master room dengan aku)
-bersifat keibuan (aku selalu anggap dia mcm mak aku kat rumah)
-garang ,baik, penyayang, comel bak hang .. kan? ^^
-kaki wayang. kaki makan macam aku jugak
-seorang yg memahami dan sabar dengan aku. huhuhu . Walaupun aku duk mengigau kul3-4 pagi, takde pulak dia hempuk aku. hmmm, baikkan? 

2) Qiha
-suka cakap
-kalau stress mesti kena cari aiskrim, kitkat or coklat
-banyak stok makanan kat meja dia..aku peghatii je..hahaha
-kalau dia takde, rumah sunyi sepi macam kat tanah perkuburan.
-selalu busy, kalah PM

3) Nina
-Actually,aku panggil dia miera jugak.. 
-childish ciked (tak percaya -----> tengok gambar dah tahu) hahaha
-kuat bercakap, kalau tak bercakap nanti jadi macam zombie. 'katanya' 
-kalau tak bercakap, nanti balik rumah cari kitorang untuk disemburkan segala kata2 beliau ~` Teramatlah lama ~~ Tapi takpe, Aku pendengar setia ^_^
-selalu kena buli dalam rumah sebab dia paling kecik.
-suara nyaring..sekali dia tempik ...... hmmmm,,matilah kau 
4) Zira
-paling baik
-pendiam tak banyak cakap
-suara lembut, ayu gila..aku pun kalah
-kawan pergi lecture hari2 


5) Kak Ain (tudung coklat)
-akak paling tua ( hmm..actually baru nak masuk 22 umur dia 2016 ni)
-akak paling baik, penyabar sanggup tahan karenah adik2 dia yang suka perli, bahan dia tiap2 hari.
sabar je ngan kitorang.. Hehehe.

6) Timah (senyum nampak gigi)
-Hakak ni kena hati2 ciked, salah sikit habislah kau.. hahaha
-Nampak je garang, tapi dalam hati ada taman.
-Hati mudah rapuh..kuikuikui 

7) Bella (kuning2)
-hakak paling sado sekali dalam rumah
-sempoi, cool orangnyer
-hakak paling bijak 
-kadang2 emosi jugak .hahaha 


8) Dila
-hakak ni patutnya duduk dengan kitorang, tapi entah camne dia sorang ni jer selalu tercicir duduk rumah lain. tapi sem 2 bakal duduk sekali ! 
-Bijak orangnya
-Baik dan suka tolong orang 
-Dia banyak sedarkan aku banyak benda ... (itu rahsia)
-Paling penting, dio orang nogori .. jadi...hati2 lah ekau yo.. 


_____ Dah2 , aku malas nak taip bebanyak _____

Semoga Persahabatan ini kekal sehingga akhir hayat nya ! 
Tak kisah berlatar belakang kan ape, kita tetap sama walau hati berbeza tapi rambut kita tetap sama Hitam ! 


Month Sickness ==''

Assalamualaikum Keyboardersss !! 
Today im just wanna share about ma feelin' . I didn't know why this month imma felt very not well. About last week, i got hot fever 3 days .. sneezing and till now coughing . It was terrible for me. Just guest what?? This month, my FINAL EXAM FOR SEMESTER ONE is comingggg around !! im feeling afraid with those but dont know how,, still not taking any action to boost up my level in my academic. Have all of u sometime feel very lazy? so called, "The laziest of the year" ?? hahaha. thats what im gonna expressed it now. I hope i get that "hardworking" spirit before it too late. Ahahhh,,! U know what, yesterday my friends and I went to ILKAP as a POM-POM girls for Umesc Sports Day to support our sport house's team #SHARK  (blue team) . Anyway,, congratss to all player. U guys have did the best. Even though, #BISON won the overall and be champion one ! But, it didn't matter as long as u enjoy! that's what we want. Yeahh,, im too busy right now to wrote down all my diaries in here.. that's why just a few in a month i will open up this. Actually, im taking part in Bowling Tournament .. it was really really fun, exciting and stressfull also because our next team was a pro n good one. Just because we are from junior and they were more senior from us, a little bit got psycho from that team. Their score marks much better than us T..T ...but, what im gonna tell to u is not about that marks, but thats about the experience! Yeahh,, that was a great moment ... u could felt the experienced played together with senior and for sure next year i will taking part again.. hehehe.


Monday 14 September 2015

Weareunikl


Assalamualaikum . Weh, dah berapa lama tak layan bloger ni. hehe. Sibuk sikit . Maklumlah, dah start degree. Currently i'm doing my degree in Bachelor Environmental Healthcare at Unikl MESTECH. Why I choose Unikl? Because i think, this is the best place to study and grade excellently . Hehe, other than just because i didn't got foundation UPU T..T . So, i make a brave move to enter FIST a.k.a Foundation in Science and Technolgy Unikl. Yeahhh,, pass with flying colours 3.67 only, i can further again my degree . Hooreyyy! Walaupun org ckp MESTECH ni takde kampus, #sekadardipinggiran and bla..bla..bla ..So on.... why bother? why bother? hahaha.  Actually, ni campus sementara je, but tak tahulah sampai bila. Conclusion is... Jangan Berharap. Huwarghhh! Tak kisahlah kat mana kau belajar, walau macam mana pun tempat dia, yang penting nawaitu kita nak belajar kerana Allah. InsyaAllah dipermudahkan. Even ku belajar overseas sekalipun, IPTA/IPTS yg hebat,cool,mewah,gempak,daebak sekalipun, kalau tak ikhlas belajar tak guna jugak. Masuk situ semata nak dapat pujian org ramai. Jangan Kecam Saya. hehe. Ini pandangan aku jer terhadap ''seteng2'' student typical Malaysia ni. Yang berusaha betul2 nak masuk situ Alhamdulillah teruskan perjuangan sahabat sekalian ! #Dongibap #kipidap
Just berharap , kat mana kita sekalipun jangan sesekali mendongak langit, ingat pada bumi yang dipijak tu . So perasaan aku bila officially dah jadi student degree lah katakan,, mulalah ada yg perli,, "wuu..budak degree" "wuu,,budak pandai" "wuu,,anak org kaya masuk unikl" itu semua omongan2 negatif yg aku terima. But, aku tak kisah pun org nk ckp ape. Lantak pi lah, aku tak ganggu hidup kau org ehh.. aku masuk situ pun pakai duit family aku yg susah payah sanggup bayar yuran yang mahal nak mati tu . Ehh,takdelah sampai nak mati . Tapi ,ikat perut jugaklah.. Sebab aku bukan dikalangan org yg berada lah aku tekad dan usaha sehabis mungkin yg boleh . Nak grade,,cari kerja,,bantu parents adik2 yg masih berderet tu haa tgh sekolah. Ikut jejak langkah kakak yaa ~ Wee~~ ^^
Haih,,panjang pulak membebel ! Lastly, work hard . Never Give Up. Ingat Allah. Jangan percaya pada usahamu,tetapi percayalah kepada Tuhanmu ! Allahurabbi. Sekiannn.. tettttttttt